Wednesday, 12 November 2014

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014 Peringkat SMK Seri Nilam.....disini lahirnya sebuah cinta

Pada bulan Ogos yang lepas telah diadakan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah. Memang meriah dimana semua guru dan staf memakai baju jalur gemilang.Pada sambutan tersebut terdapat pelbagai program seperti konvoi berbasikal bagi penyerahan jalur gemilang,nyanyian lagu jalur gemilang,sketsa kemerdekaan dan kemuncak sambutan pengibaran jalur gemilang.





Layan gambar-gambar sepanjang sambutan ye......


Wednesday, 8 August 2012

Haji bagi ibubapa...

Pagi tadi sebelum berangkat ke sekolah,sempat juga membelek-belek majalah solusi yang dibeli suami baru-baru ini. Dah beberapa hari beli tapi masih belum berkesempatam membeleknya. Dalam banyak2 isu,saya tertarik pada penulisan Dr Mahadzir Isa iaitu perunding kewangan tentang menghantar ibu bapa menunaikan fardhu haji. Beliau mengatakan bahawa terdapat 500,000 ribu senarai menunggu untuk mengerjakan haji. Ibu bapa kita salah seorang daripadanya.
Sekiranya itu berlaku,kita sebagai anak sepatutnya mencari ikhtiar untuk menghantar mereka dengan menggunakan pakej yang mahal. Ini kerana jasa mereka tidak terbalas dalam membesarkan kita.Sekiranya kita menolong mereka,mungkin satu hari nanti anak-anak kita pula yang akan menolong mereka.
Saya tersentuh dengan tulisan beliau kerana ibu saya juga merupakan salah seorang senarai menunggu. Saya dapat melihat airmukanya berubah setiap kali mendengar rakan-rakan mereka dapat menunaikan haji. Ini kerana beliau sangat-sangat mahu ke tanah suci. Saya berazam untuk menunaikan impian ibu saya.......simpanan beliau sudah ada,namun tidak mencukupi untuk pakej yang mahal.
Saya risau sekiranya beliau menutup mata sebelum sempat ke tanah suci,maka sayalah orang yang paling ralat kerana saya tahu betapa mak sangat2 mahu ke sana. YA Allah,Engkau permudahkanlah usahaku untuk menghantar emak ke Mekah dan permudahkanlah mak kesana.

Friday, 27 July 2012

aduhhh sakitnya gigiku....:((

Rasenya dah 2 minggu aku menderita sakit gigi. Ianya bermula 17/7/2012 iaitu cukupnya aku 31 tahun. Mula-mula tak ada la sakit sangat,tetapi pada hari jumaat sebelum mula puasa sakitnya datang dengan kroniknya. Aku cuba berkumur ngan air garam,malangnya bukan melegakan malah bertambah sakit lagi sampai rasa nak menangis. 


Pastu aku try google search dan ada petua letak minyak yuyee. So aku try letak...alhamdulillah dapat melegakan sket kesakitan sampaikan aku tertidur kepenatan menahan sakit.
Hari ahadnya,hubby aku hantar gi jumpe dentist dan dia wat scaling dan ubat kumur. 


Doc kate gigi aku xde masalah,cuma ada plak kat dalam lubang yang kene tampal. So gusi aku bengkak dan rase ngilu setiap kali kumur atau lepas makan. Kos sume rawatan scaling+ubat kumur =RM58. Murah kan? Hehe...tak sangka. Takut gak mahal sbb masa tuh tak bawak cash banyak.


Ni dah seminggu aku duk kumur ngan ubat tuh,tp rase sakit still ada. DOc kate kalo sakit lagi kene ambik antibiotik la untuk hilangkan bengkak gusi. Tp aku rase gusi aku macam tak bengkak pun,cuma setiap kali kumur,rase ngilu tu datang. Lepas kumur ubat tuh baru lega sket.


Lepas ni ingat nak g klinik lain la,try cari ubat yang boleh menghilangkan kesakitan setiap kali kumur. Ni plak   bulan posa kan,so xley la nak kumur ubat tuh lebih2.....YA ALLLAH,Engkau ringankanlah kesakitan aku ini. Aminnnn......

Tuesday, 19 June 2012

Meningkatkan harga diri pelajar...

Saya ada terbaca tulisan seorang motivasi terkenal dimana beliau mengatakan bahawa sekiranya kita inginkan pelajar berjaya,pertama sekali kita perlu meningkatkan harga diri pelajar itu sendiri. Jadi sama-samalah kita meningkatkan harga diri mereka supaya mereka dapat meraih kejayaan dimasa akan datang.