Haji bagi ibubapa...
Pagi tadi sebelum berangkat ke sekolah,sempat juga membelek-belek majalah solusi yang dibeli suami baru-baru ini. Dah beberapa hari beli tapi masih belum berkesempatam membeleknya. Dalam banyak2 isu,saya tertarik pada penulisan Dr Mahadzir Isa iaitu perunding kewangan tentang menghantar ibu bapa menunaikan fardhu haji. Beliau mengatakan bahawa terdapat 500,000 ribu senarai menunggu untuk mengerjakan haji. Ibu bapa kita salah seorang daripadanya.
Sekiranya itu berlaku,kita sebagai anak sepatutnya mencari ikhtiar untuk menghantar mereka dengan menggunakan pakej yang mahal. Ini kerana jasa mereka tidak terbalas dalam membesarkan kita.Sekiranya kita menolong mereka,mungkin satu hari nanti anak-anak kita pula yang akan menolong mereka.
Saya tersentuh dengan tulisan beliau kerana ibu saya juga merupakan salah seorang senarai menunggu. Saya dapat melihat airmukanya berubah setiap kali mendengar rakan-rakan mereka dapat menunaikan haji. Ini kerana beliau sangat-sangat mahu ke tanah suci. Saya berazam untuk menunaikan impian ibu saya.......simpanan beliau sudah ada,namun tidak mencukupi untuk pakej yang mahal.
Saya risau sekiranya beliau menutup mata sebelum sempat ke tanah suci,maka sayalah orang yang paling ralat kerana saya tahu betapa mak sangat2 mahu ke sana. YA Allah,Engkau permudahkanlah usahaku untuk menghantar emak ke Mekah dan permudahkanlah mak kesana.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home