aduhhh sakitnya gigiku....:((
Rasenya dah 2 minggu aku menderita sakit gigi. Ianya bermula 17/7/2012 iaitu cukupnya aku 31 tahun. Mula-mula tak ada la sakit sangat,tetapi pada hari jumaat sebelum mula puasa sakitnya datang dengan kroniknya. Aku cuba berkumur ngan air garam,malangnya bukan melegakan malah bertambah sakit lagi sampai rasa nak menangis.
Pastu aku try google search dan ada petua letak minyak yuyee. So aku try letak...alhamdulillah dapat melegakan sket kesakitan sampaikan aku tertidur kepenatan menahan sakit.
Hari ahadnya,hubby aku hantar gi jumpe dentist dan dia wat scaling dan ubat kumur.
Doc kate gigi aku xde masalah,cuma ada plak kat dalam lubang yang kene tampal. So gusi aku bengkak dan rase ngilu setiap kali kumur atau lepas makan. Kos sume rawatan scaling+ubat kumur =RM58. Murah kan? Hehe...tak sangka. Takut gak mahal sbb masa tuh tak bawak cash banyak.
Ni dah seminggu aku duk kumur ngan ubat tuh,tp rase sakit still ada. DOc kate kalo sakit lagi kene ambik antibiotik la untuk hilangkan bengkak gusi. Tp aku rase gusi aku macam tak bengkak pun,cuma setiap kali kumur,rase ngilu tu datang. Lepas kumur ubat tuh baru lega sket.
Lepas ni ingat nak g klinik lain la,try cari ubat yang boleh menghilangkan kesakitan setiap kali kumur. Ni plak bulan posa kan,so xley la nak kumur ubat tuh lebih2.....YA ALLLAH,Engkau ringankanlah kesakitan aku ini. Aminnnn......

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home